25 March 2012

:: Kursus Pra Perkahwinan ::

...Assalamualaikum...

Ahhaaaa... Akhirnya, pada 17-18 March 2012 yang lalu, saya dan Encik Boyfie berjaya menghadiri kursus pra perkahwinan selama dua hari bertempat di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.. Disebabkan takut menghadapi kekangan masa pada masa hadapan, jadi kami decide untuk menghadiri kursus ini lebih awal..

Jadi di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa menghadiri kursus tersebut terutamanya prosedur sebelum pernikahan dan selepas pernikahan untuk pendaftaran perkahwinan

1) Sebelum itu, sebagai proses untuk menghadiri kursus ini, saya perlu membuat booking dengan menghantar borang penyertaan kepada pihak Jais beberapa minggu sebelum tarikh yang berkenaan disebabkan penyertaan yang memberangsangkan dari pihak pihak bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat. 

2) Seawal pukul 7.30 pagi saya telah sampai untuk pendaftaran dan perlu membayar RM80 sebagai yuran penyertaan. Murah kan.. Nak pergi banyak kali pon xpe.. Hihihihi..

3) Sebelum ceramah bermula, kami diberi taklimat serba sedikit mengenai syarat-syarat dan peraturan semasa berada di dalam kawasan kursus dan perkara-perkara larangan serta etika ketika berada di dalam dewan.. 

Ceramah 1
PERKAHWINAN DAN PROSEDUR PERMOHONAN MENGIKUT PERUNTUKAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SELANGOR TAHUN 2003
    - Dalam ceramah pertama ini, kami diberi penerangan mengenai prosedur yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin sebelum pernikahan dan selepas pernikahan untuk mendaftarkan perkahwinan. 
    
 PROSES SEBELUM PERNIKAHAN
 (Pemohon boleh memulakan proses permohonan 3 bulan sebelum tarikh nikah)
 
 i) Pemohon lelaki
-Pemohon lelaki perlu memohon dahulu kebenaran berkahwin dengan mendownload Borang Nikah 2A di laman web Jais, Borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV-hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Kerajaan-hanya sah dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh nikah) dan juga Borang Permaustautinan (If pemohon lelaki bukan dilahirkan di Selangor-syarat bermaustautin ialah telah menetap di Negeri Selangor melebihi 4 bulan).

-Seterusnya, Pemohon dan Dua Orang Saksi Lelaki Dewasa hendaklah menandatangani Borang Nikah 2A dan mengemukakan Sijil Kursus dihadapan Penolong Pendaftar Nikah Kariah mengikut alamat dalam kad pengenalan pemohon.

-Selepas itu, pemohon hendaklah menyerahkan Borang Nikah 2A, Sijil Kursus dan Dokumen Berkaitan (Salinan I/C Pemohon dan Saksi, Borang Permaustautinan) ke Pejabat Agama Islam Daerah dan mendapatkan kelulusan Pendaftar Nikah Daerah dan perlu membayar RM10 untuk kebenaran.

-Pemohon hendaklah menyerahkan borang yang telah disiapkan bersama dokumen berkaitan dan sijil kursus kepada pihak perempuan.
  
ii) Pemohon perempuan
-Pemohon perempuan pula perlu mendownload Borang Nikah 2C dan 2D, Borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV-hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Kerajaan-hanya sah dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh nikah).

-Seterusnya, Pemohon, Wali dan Dua Orang Saksi Lelaki Dewasa hendaklah menandatangani Borang Nikah 2C dan 2D dan mengemukakan Sijil Kursus dan Borang Bagi Pihak Lelaki serta Dokumen Berkaitan yang telah disahkan (Pemohon perempuan hendaklah menyertakan Salinan I/C Pemohon, Wali, Saksi dan Salinan Surat Nikah Ibu Bapa) dihadapan Penolong Pendaftar Nikah Kariah mengikut alamat dalam kad pengenalan pemohon atau tempat permaustautinan.

-Selepas itu, pemhon atau wali hadir ke Pejabat Agama Islam untuk mendapatkan pengesahan/surat kebenaran bernikah dan membayar sebanyak RM10.

PROSES PENDAFTARAN PERKAHWINAN
   i) Surat perakuan nikah yang telah ditandatangani oleh pengantin lelaki dan pengantin perempuan dan disahkan oleh Pendaftar Nikah/Penolong Pendaftar Nikah selepas sah menyebut lafaz nikah boleh dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah dengan bayaran RM160 untuk pendaftaran perkahwinan dan diproses dalam masa 3 hari selepas didaftarkan.
   
   ii) Pemohon juga perlu membayar RM40 untuk Kad Nikah Pintar dan diproses dalam masa 5 hari bekerja.

4) Ceramah-ceramah lain pula lebih fokus kepada kehidupan di dalam rumah tangga serta tanggungjawab suami, isteri, tanggungjawab bersama serta nilai-nilai murni yang perlu dipupuk untuk mendapatkan keharmonian dan kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga. 

5) Kesimpulannya, ceramah-ceramah yang disampaikan memang best sangat sampai takde pun peluang nak ngantuk macam masa study dulu for sure sebab isi isi ceramah nye lain drpd sylibus time study(paham paham je la kalo da sentuh bab bab kawen ni memang la semangat.. ha ha ha)..

Hanya ini yang saya dapat coretkan setakat ini sebagai peringatan kepada saya untuk persediaan pada masa akan datang walaupon tidak banyak tetapi cukuplah sebagai guidance dan idea bagi menghadapinya kelak. Insyallah...

       





2 comments:

  1. maaf, saya nak share something boleh?

    http://melor-chempaka.blogspot.com/2012/08/menjual-portal-score-a.html

    ReplyDelete

ask me.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...