09 September 2012

::My 25th Birthday:: 25 August 2012

Assalamualaikum..

Baru hari ini saya ada kesempatan nak update blog saya ni.. Alhamdulillah, saya masih bernafas dan telah diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ini selama suku abad.. Saya berdoa agar dipanjangkan umur dan terus diberi kesempatan hidup dimuka bumi Allah ini dan diberi peluang agar dapat memperbaiki kekhilafan diri saya selama ini.. Syukran Ya Allah..

Ulangtahun kelahiran saya tahun ini amat bermakna bagi saya kerana apa yang saya harapkan menjadi kenyataan.. Tahun ini juga adalah kali pertama saya disambut bersama beberapa ahli keluarga termasuklah bersama insan-insan yang paling saya sayangi..


Thanx to my beloved sebab buat suprise kat saya even xrasa suprise pon sebab dah tau awal2.. Hihihi.. Thanx sebab belikan kek and sudi sambut bersama my family with 'the special present'..


Majlis yang simple tapi bermakna =)


With my little cousin.. Potong kek same-same =))


Diharapkan apa yang saya impikan akan menjadi kenyataan dan dipermudahkan segala urusan.. Aminnnnnn...

25 March 2012

:: Kursus Pra Perkahwinan ::

...Assalamualaikum...

Ahhaaaa... Akhirnya, pada 17-18 March 2012 yang lalu, saya dan Encik Boyfie berjaya menghadiri kursus pra perkahwinan selama dua hari bertempat di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.. Disebabkan takut menghadapi kekangan masa pada masa hadapan, jadi kami decide untuk menghadiri kursus ini lebih awal..

Jadi di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa menghadiri kursus tersebut terutamanya prosedur sebelum pernikahan dan selepas pernikahan untuk pendaftaran perkahwinan

1) Sebelum itu, sebagai proses untuk menghadiri kursus ini, saya perlu membuat booking dengan menghantar borang penyertaan kepada pihak Jais beberapa minggu sebelum tarikh yang berkenaan disebabkan penyertaan yang memberangsangkan dari pihak pihak bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat. 

2) Seawal pukul 7.30 pagi saya telah sampai untuk pendaftaran dan perlu membayar RM80 sebagai yuran penyertaan. Murah kan.. Nak pergi banyak kali pon xpe.. Hihihihi..

3) Sebelum ceramah bermula, kami diberi taklimat serba sedikit mengenai syarat-syarat dan peraturan semasa berada di dalam kawasan kursus dan perkara-perkara larangan serta etika ketika berada di dalam dewan.. 

Ceramah 1
PERKAHWINAN DAN PROSEDUR PERMOHONAN MENGIKUT PERUNTUKAN DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SELANGOR TAHUN 2003
    - Dalam ceramah pertama ini, kami diberi penerangan mengenai prosedur yang perlu dilakukan oleh bakal pengantin sebelum pernikahan dan selepas pernikahan untuk mendaftarkan perkahwinan. 
    
 PROSES SEBELUM PERNIKAHAN
 (Pemohon boleh memulakan proses permohonan 3 bulan sebelum tarikh nikah)
 
 i) Pemohon lelaki
-Pemohon lelaki perlu memohon dahulu kebenaran berkahwin dengan mendownload Borang Nikah 2A di laman web Jais, Borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV-hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Kerajaan-hanya sah dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh nikah) dan juga Borang Permaustautinan (If pemohon lelaki bukan dilahirkan di Selangor-syarat bermaustautin ialah telah menetap di Negeri Selangor melebihi 4 bulan).

-Seterusnya, Pemohon dan Dua Orang Saksi Lelaki Dewasa hendaklah menandatangani Borang Nikah 2A dan mengemukakan Sijil Kursus dihadapan Penolong Pendaftar Nikah Kariah mengikut alamat dalam kad pengenalan pemohon.

-Selepas itu, pemohon hendaklah menyerahkan Borang Nikah 2A, Sijil Kursus dan Dokumen Berkaitan (Salinan I/C Pemohon dan Saksi, Borang Permaustautinan) ke Pejabat Agama Islam Daerah dan mendapatkan kelulusan Pendaftar Nikah Daerah dan perlu membayar RM10 untuk kebenaran.

-Pemohon hendaklah menyerahkan borang yang telah disiapkan bersama dokumen berkaitan dan sijil kursus kepada pihak perempuan.
  
ii) Pemohon perempuan
-Pemohon perempuan pula perlu mendownload Borang Nikah 2C dan 2D, Borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV-hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Kerajaan-hanya sah dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh nikah).

-Seterusnya, Pemohon, Wali dan Dua Orang Saksi Lelaki Dewasa hendaklah menandatangani Borang Nikah 2C dan 2D dan mengemukakan Sijil Kursus dan Borang Bagi Pihak Lelaki serta Dokumen Berkaitan yang telah disahkan (Pemohon perempuan hendaklah menyertakan Salinan I/C Pemohon, Wali, Saksi dan Salinan Surat Nikah Ibu Bapa) dihadapan Penolong Pendaftar Nikah Kariah mengikut alamat dalam kad pengenalan pemohon atau tempat permaustautinan.

-Selepas itu, pemhon atau wali hadir ke Pejabat Agama Islam untuk mendapatkan pengesahan/surat kebenaran bernikah dan membayar sebanyak RM10.

PROSES PENDAFTARAN PERKAHWINAN
   i) Surat perakuan nikah yang telah ditandatangani oleh pengantin lelaki dan pengantin perempuan dan disahkan oleh Pendaftar Nikah/Penolong Pendaftar Nikah selepas sah menyebut lafaz nikah boleh dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah dengan bayaran RM160 untuk pendaftaran perkahwinan dan diproses dalam masa 3 hari selepas didaftarkan.
   
   ii) Pemohon juga perlu membayar RM40 untuk Kad Nikah Pintar dan diproses dalam masa 5 hari bekerja.

4) Ceramah-ceramah lain pula lebih fokus kepada kehidupan di dalam rumah tangga serta tanggungjawab suami, isteri, tanggungjawab bersama serta nilai-nilai murni yang perlu dipupuk untuk mendapatkan keharmonian dan kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga. 

5) Kesimpulannya, ceramah-ceramah yang disampaikan memang best sangat sampai takde pun peluang nak ngantuk macam masa study dulu for sure sebab isi isi ceramah nye lain drpd sylibus time study(paham paham je la kalo da sentuh bab bab kawen ni memang la semangat.. ha ha ha)..

Hanya ini yang saya dapat coretkan setakat ini sebagai peringatan kepada saya untuk persediaan pada masa akan datang walaupon tidak banyak tetapi cukuplah sebagai guidance dan idea bagi menghadapinya kelak. Insyallah...

       





08 February 2012

:: VANILLA COKLAT ::

Semalam first time saya tengok cerita Vanilla Coklat.. Sebelum ni tak tengok sebab saya memang tidur awal.. Tapi malam tadi 'TERTENGOK' la pulak..

Haishhhhhh.. Bila tengok cerita tu, tetiba keinginan nak kahwin muda melonjak-lonjak(Hishhh..wat malu je cakap kat sini kan..tapi saya tetap nak cakap jugak..hihi)

Tapi maybe sebab pelakon nye jugak.. Saya takde la nak kata minat sangat dengan hero dan heroin cerita tu.. Tapi bila tengok lama-lama 'Amir Asyraf' dan 'Zara Aisyah' dalam cerita tu.. Homaigod, kenapalah saya tak kahwin awal(Gatai nohhhh).. Hahaha..


Oh mama..Saya mahu kahwin..Kahwin dengan siapa..Dengan bf saya..Hahahaha..GILA.!

Tapi memang menarek la cerita tu..Macam bercinta selepas kahwin..Memang sweet sangat kan..




mood : bilalah agaknye yeeee???

:: Geram ::


25 January 2012

~Berhenti Berharap~

Ok!!!

Stop thinking about it now...
 
It's not worth...

Everything gonna be changed so suddenly...

=((((((((((






26 August 2011

~My 24th Bufday - 25 August 2011~

Assalamualaikum...

Lamenye saya tak hupdate blog saya ni... ermmmm,memang lame..pasal apa???sebab takde cite menarik saya nak tulis...ahakssss...

Tapi hari ni, sempena dengan hari kelahiran saya yang ke 24 tahun, saya bersyukur sangat2 kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki kesilapan diri saya selama ini dan cuba menjadi manusia yang terbaek dimata Allah swt...

Ermmm,so...saya nak ceritakan apa yang menarik bufday saya untuk tahun ni...jeng jeng jeng... ^_^

Bufday tahun ni memang sangat berharga bagi saya walaupun pada mulanya saya cukup sedih sebab Encik Boyfie lambat sejam wish kat saya... hukhuk=(((
Saya ingat Encik Boyfie tak ingat kat saya...Pada pukul 1.10 a.m Encik Boyfie pon call and say sorry coz late.. Pada mulanya saya memang nak merajok tapi Encik Boyfie cakap dia busy sangat coz nak settlekan semua kerja before cuti raya.. So saya terima alasan dia kali ni...

And sebagai balasan, Encik Boyfie janji nak bawak saya keluar untuk celebrate bufday saya keesokan harinya..Tapi.........
Esoknya Encik Boyfie tetap banyak kerja dan minta maaf sebab tak dapat keluar untuk hari itu...So sadddddd =(((((

Kali ni memang saya betol2 merajok..!! 

Tapi merajok saya tak panjang sebab Encik Boyfie tetap tunaikan janjinya.. And today on 26 August 2011, saya berbuka bersamanya walaupon terlewat sebab last minute decision and sangat jammed ok...Maybe sebab hari ni orang sudah mula bercuti untuk pulang ke kampung berhari raya.. 

Kami berbuka berbekalkan roti dengan air 100 plus sebab Encik Boyfie tak booking tempat..Nasib baik bulan puasa...Memang saya kena banyak bersabar..Huuuuuu~

Sebagai janji dia sempena bufday saya and hari raya yang bakal tiba, Encik Boyfie belanja saya shoppingggggg..!! Sangat syuker ok..!!

Encik Boyfie ajak saya pilih handbag Carlo Rino (brand yang saya syuker sangat..!!) tapi tak banyak pilihan yang menarik..So saya cakap lepas raya je la..Mungkin dia nak pakai duit banyak untuk raya ni...

Encik Boyfie pon angguk je and ajak masuk tengok jeans Levi's..Usha punya usha,harga nya lebih kurang je dengan handbag yang saya nak...So saya cakap saya tetap nak handbag...heeeee~

Saya cuma nak cari heels untuk raya ni memandangkan sudah agak lama saya tidak membeli kasut baru...Pilih punya pilih saya cuma berjaya dapatkan sepasang Vincci Heels yg simple and tak berapa tinggi..Sebab saya tak suka high heels...Saya ingat saya nak bayar sendiri tapi Encik Boyfie yang bayarkan..^_^

Vincci - RM 53.10 after 10% less

 After that saya ajak masuk FOS sebab saya nak cari selipar memandangkan selipar saya sudah uzur sangat...Mana taknya, selipar itu la saya pakai ke kedai, balik kampung, ke shopping complex...Haishhhh,memang sangat berbakti selipar tu...

Tapi, Encik Boyfie ajak singgah kedai Polo sekejap...And dekat situ saya terberkenan (ter taw..hihi) handbag and memandangkan ada diskaun 50% plak...Belek punya belek Encik Boyfie cakap kalau syuker ambil je...Yahooooo...!! Akhirnya dapat handbag baru menggantikan Carlo Rino saya yang sudah bertukar dari warna putih ke warna kelabu...Mana taknya,itulah salah satu handbag saya yang mahal and setia bersama saya selama 2 tahun...

Polo - RM 209.50 after 50% less

Masuk FOS saya beli selipar sebab sebelum ni memang saya beli selipar FOS and memang sangat berbaloi sebab tahan lama..Yang ni saya bayar sendiri...heeeeee~

FOS - RM30 no less

 Selepas tu Encik Boyfie beli tshirt Padini untuk beliau sendiri sebab saya sudah penat nak memilih and berjalan...

Disebabkan sudah lewat and saya perlu drive sendiri untuk balik,so terpaksa gerak awal...Sebelum tu, Encik Boyfie bagi lagi present bufday untuk saya...Saya ingat apa yang dibeli tu je hadiahnya...Encik Boyfie cakap yang tadi tu untuk belanja hari raya..Ohhhhhh..!!Sgt terharu ok..!!

 Kotak present bufday

Inside - Barangan Cosway (dah macam barang hantaran plak..hihihi)

Nway, saya sangat menghargai semua pemberian Encik Boyfie and apa yang dia buat untuk saya walaupon kadang-kadang dia menyakitkan hati...ahaksssss...

And last thing yang dia belikan untuk saya 2 weeks ago adalah baju kurung raya... Yehaaaaaa...!!Lokasi beli belah - Jalan TAR

 Jalan TAR - RM 170 after tawar menawar (tatau la apsal mahal sgt baju kurung kat sane)

Memang sangat bahagia bufday saya tahun ni sebab first time Encik Boyfie melayan saya macam ni...Before this masing-masing masih study and kesuntukan wang..Cuma berala kadar je...Apa2 pon thanx to him coz makes my day...!!

Mood : Sangat happy untuk berhari raya tahun ni and hope untuk masa2 akan datang..May Allah Bless Us.. =)))))

Selamat Hari Raya Untuk Semua Kaum Keluarga dan Sahabat Handai..Sepuluh Jari Disusun Mohon Kemaafan Jika Ada Kekasaran Perbuatan ataupun Percakapan..Maaf Zahir dan Batin...
 

 

20 January 2011

~my 1st day~

apasal saya tidak ada semangat langsung nak pergi....
ini adalah peluang saya....

dugaan sebelum menempuhinya pon sudah macam-macam.....
hati ini 50:50 saja.....
tapi saya kena keraskan hati....

saya terpaksa menumpang +_+
kata kawan saya.....saya perlu sabar dan tabah....
semua orang melaluinya untuk kali pertama.....

saya harap saya tabah.....
cuba untuk bertahan untuk segalanya....
ada hikmahnya untuk semua yang berlaku....


17 January 2011

~SG KLAH, SUNGKAI~

idea ni sebenarnya datang dari mak ngah saya....saya pon tatau sebenarnya....sampai lah sepupu saya yang cakap yang pada hari sabtu yang lalu bersamaan 15 January 2010 kami akan bermandi manda di hotspring.....

saya pon apa lagi...punya la excited....sampai sepupu saya suruh ajak mak abah balik kampung....
tapi bila nak dekat hari kejadian, tak confirm lagi sebenarnya.....haishhhh.....plan awl pon susah jugak....kami ni penuh tanda tanya sama ada jadi ke tidak plan kami ini....

kalo tidak jadi, kecewalah saya......+_+
saya nak release penat saya nihhh!!!!!!

pagi tu saya pon apa lagi....excited punya pasal n bangun awal.....tapi plan tetap tak confirm lagi....sampai lah nak dekat pukul 10 a.m baru ada kata sepakat n kami semua bersiap-siap...kami cuma menaiki sebuah estima.....11 orang beb!!termasuk seorang budak kecik nihhh.....

masing-masing sudah tidak sabar untuk sampai sebab ini adalah pertama kali kami kesana.....lepas 2jam lebih perjalanan (sepupu saya drive dengan kelajuan 70-80km/h sebab takut speedtrap lepas bayar 10 saman), barulah kami sampai ke destinasi.....

haishhhh...sabo ajalah...mana taknya, kami berhimpit2 berempat kat seat belakang sekali...mau tak lenguh.....
sampai2 kena beli tiket....

dewasa : RM10
kanak-kanak : RM8
warga emas : RM7

cuma ada seorang kanak-kanak n seorang warga emas...yang lain tiket adult ok!!!
hehhh.....sampai2 kami lunch dengan bekal yang dibawa n dibeli semasa perjalanan.....makan bawah pokok diluar kawasan hotspring sebab makanan luar tidak dibenarkan bawak masuk.....

sampai2 kenalah tukar baju dulu sebab datang tadi pakai baju lawa2 n siap mekap lagi tu nyah....hakhak.....

(sudah tukar baju)
 (mak ngah aku....mulut laser tuhhh...hahahah)
(posing sebelum mandi)

tujuan kami datang ni sebab nak mandi hotspring.....so,tak nak layan lagi air sejuk2 nihhh....tapi disebabkan budak kecik ni dah tak sabar sangat, last2 diorang da mandi dulu....eh eh eh.....


so,kami pon mencari lah tempat yang ingin dituju itu......jauh gak jalan dari tempat waterfall tadi.....lebih kurang 5 minit....


(nasib baik sepupu saya jadi camerawoman....kalau tidak,memang tidak ada gambar...)


sampai tempat hotspring, kenalah terus mandi relaxkan badan...tapi, yang panas cuma dekat puncanya....dalam kolam tu cuma suam2 kuku.....layannnnnnn......

(bersama adik n cousin)



 (kiss me kiss me)

dah penat mandi dalam hotspring pool ni, kami tukar tempat lain....tempat teraphy....suhu air dalam ni tak panas pon...30-35 degree only....

(boleh berendam dalam ni half an hour only...tapi kami buat macam kami punya...hahaha)

dekat sebelah pool ni ada tempat refleksiologi kaki....memang sakit...orang kata kalau sakit sangat memang banyak penyakit....so,saya memang banyak penyakit....^_^

(dukung budak kecik ni bertambah berat saya tampung kaki saya.....sakitnyaaaaaa!!!!)


tempatnya agak menarik....ada orang kata, kalau datang selalu boleh kuruskan badan.....kalau nak tau keberkesanannya, cubalah try...kalau saya, nanti tinggal tulang je....ngeh ngeh ngeh ^_^


(telur kena beli kat sini...tidak boleh dibawa dari luar....10 biji = RM4...orang kata rasanya lain bila kita rebus kat sini...tapi saya rasa macam sama saja...maybe tekak saya je kot...haha)


lepas sudah mandi hotspring, kami mandi air sejuk pulak...memang rasa lain....terketaq-ketaq lutut cek...tapi first2 je....lama-lama rasa biasa saja....


(mak ngah n emakku.....bukan adik beradik ye...tetapi adik ipar emakku)


lepas semua dah penat, kami pon balik agak awal....so, kami telah mengabdikan satu percutian untuk dikenang.....memang beshhhh tapi penat!!!!

~enjoy sebelom bz~


12 January 2011

~2 days more~

hari ini genap 8 hari saya bekerja kat kantin sekolah.....
2 days more saya kena bangun awal and berdiri sepanjang hari kesana kemari buat kerja....

kak,nak ais....kak,nak nasi....kak,nak kuah....kak,hari ini akak cantik la...kadang2 ada jugak yang panggil makcik.....makcik,ayam dah xde ke???mak cik diorang panggil saya......ha ha....sori kak,tersasul.......he he....
penat nak layan budak2 nih.....but kadang2 saya terhibur melayan kerenah diorang....
kak,boleh tak berdiri sebelah saya sekejap nak tangkap gambar.....ada2 saja budak2 nihh....

kalau makcik2 yang kerja dekat kantin tu pulak....
dik,tolong sini kejap....dik,tolong acik angkat ini....dik,tolong ambilkan itu....dik,tolong buat ini....haishhhh,lagi penat rupanya nak layan makcik2 ini....
tapi bila hari kedua and seterusnya,saya sudah bergaul baik dengan mereka....

kalau cikgu2 pulak...
dik,kopi o satu...milo ais satu...tembikai satu......teh o nipis kurang manis satu....kadang2 saya pening apa yang diorang order...kena tanya balik....
ada jugak yang bajet saya nak ingat hari2 air apa yang dia order....air macam semalam......lol......totally lost la incik cikgu.......

ada cikgu2 yang peramah selalu tanya baru habis sekolah ke???saya ini awet muda yaaaa........hohohoho...
tengah tunggu result keluar ke???
xde la cikgu...saya tengah tunggu kerja.....
 saya memang menunggu tapi malas nak mencari....macam mana nak cepat dapat kerja ^_^
 kenapa tak cari kerja lain???
ala,cikgu....saya tak kesah pon walaupun gaji xseberapa...tapi saya luangkan masa saya buat perkara yang berfaedah....
bagus2,bermula dari bawah......

so far, saya enjoy kerja kat situ....walaupon penat + letih + selalu sakit kepala......tapi saya tetap berusaha dapatkan wang hasil titik peluh saya sendiri......boleh lah buat belanja makan hari2......

kepada emakku,tunggu gaji 1st nantilah kalau ada rezeki kita open table k....gaji yang ini xseberapa la.....+_+

~~hopefully everything will be ok~~





11 January 2011

~ALHAMDULILLAH~

syukur sangat2.....

semua yang berlaku ada hikmahnya....

semoga tahun baru ini memberi lembaran baru buat saya.....

mungkin ini rezeki saya buat masa ini.....

semoga saya dapat melupakan semua sejarah hitam dalam hidup saya dan mulakan hidup baru....

aja aja fighting!!!!

mood : excited~~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...